BAB 1 : PENGENALAN

PENGENALAN


Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapatlah saya menamatkan latihan industri dengan sempurna pada tempoh yang telah ditetapkan iaitu selama 5 bulan serta dapat menyediakan laporan latihan industri saya pada masa dan waktu yang dikehendaki oleh Politeknik Mersing Johor.

Dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu bermula pada 31 November 2015 sehingga 15 April 2016, saya telah menjalani latihan industri di Universiti Terbuka Malaysia (Pusat Pembelajaran Johor). Dalam tempoh tersebut, saya dapat banyak pengalaman baru dalam hidup saya terutama di alam pekerjaan. Semasa saya berada di Universiti Terbuka Malaysia (Pusat Pembelajaran Johor), saya dapat mempraktikan apa yang telah saya pelajari secara teori dan pratikal sewaktu berada di Politeknik.

Tujuan yang paling penting dalam menjalani latihan industri ialah dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai suasana di alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu, mengikuti latihan industri dapat meningkatkan lagi pengetahuan, dan kemahiran sewaktu berada di alam pekerjaan nanti. Ianya juga dapat membantu kami bagi menambah keyakinan diri terhadap kemampuan kami.

Selain itu, latihan industri juga merupakan satu platform untuk melatih para pelajar tentang bagaimana cara untuk bergaul bersama rakan sekerja dan pihak atasan. Menjalani latihan industri akan memberi peluang kepada para pelajar untuk berkomunikasi dengan baik sewaktu bersama dengan pelanggan sekali gus dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Secara tidak langsung, ianya dapat menjadikan diri kita lebih berdisiplin, bertanggungjawab, mampu membuat keputusan dan berupaya menguji tahap keyakinan diri dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Justeru itu, latihan industri dapat memenuhi objektif iaitu melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dari segi mental mahupun fizikal bagi mengisi kekosongaan di alam pekerjaan pada masa akan datang.


1.1  Objektif Latihan Industri

Latihan industri merupakan syarat wajib yang perlu ambil oleh setiap pelajar sebelum dianugerahkan sijil oleh Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Para pelajar juga perlu lulus dalam menjalani latihan industri dalam masa yang ditetapkan iaitu selama 5 bulan. Diantara objektif latihan industri ialah :-

                    i.            Mendedahkan kepada para pelajar dalam sektor pekerjaan yang sebenar.
                  ii.            Memupuk semangat berpasukan antara satu sama lain dalam sesebuah organisasi.
                iii.            Dapat mempratikkan teori yang di pelajari oleh pelajar ke dalam sektor pekerjaan yang sebenar.
                iv.            Menanamkan sifat  bertanggungjawab, amanah dan berkeyakinan tinggi dalam diri setiap pelajar.
                  v.            Dapat mendisiplinkan diri dengan peraturan-peraturan dalam sektor pekerjaan yang sebenar.


1.2 Objektif Laporan latihan Industri   

Para pelajar perlu menyiapkan laporan latihan industri setelah tamat tempoh menjalani latihan 
industri  iaitu selama 5 bulan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. 
Laporan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan dalam menjalani latihan industri oleh pelajar 
sepanjang tempoh tersebut. Laporan ini mesti mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh 
pihak politeknik. Disini saya ingin menjelaskan beberapa objektif laporan seperti yang berikut :-

  1. Dapat menerangkan terperinci mengenai kaedah-kaedah yang dilakukan secara teknikal
  2. Menjadikan rujukan selepas tamatnya latihan industri kepada pelajar lain supaya ilmu yang dipelajari tidak di sia-siakan begitu sahaja.
  3. Dapat menilai sejauh mana kemampuan seseorang pelajar dalam menjalani latihan industri.

1.3 Kepentingan  Latihan Industri

          Latihan industri  merupakan satu platform dimana pelajar boleh merasai suasana di alam 
pekerjaan. Latihan industri dapat menambahkan pengalaman yang sedia ada seterusnya 
meningkatkan lagi kemahiran setiap individu. Para pelajar yang menjalani latihan industri dapat 
mendisiplinkan diri kerana setiap pelajar terikat dengan peraturan yang terdapat dalam sesebuah 
syarikat. Dalam menjalani latihan industri, setiap pelajar dapat memupuk semangat berpasukan dan 
saling menghormati  antara satu sama lain dalam sesebuah organisasi. Selain itu, para pelajar 
dapat menanamkan sifat bertanggungjawab, amanah dan berkeyakinan tinggi dalam diri. 

        Selain itu, para pelajar dapat bersikap lebih matang dan profesional kerana terdedah dengan 
pengalaman dan tunjuk ajar yang diberikan semasa menjalani latihan industri. Para pelajar juga 
berfikiran kreatif dan kritis dengan tugasan yang diberikan semasa menjalani latihan industri.    



No comments:

Post a Comment