BAB 6 : KESIMPULAN

KESIMPULAN



     Sepanjang satu semester menjalani latihan industri, banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang amat berguna kepada saya. Segala pengalaman yang diberikan kepada saya telah memberi keyakinan dan motivasi terhadap saya bagi menghadapi di alam pekerjaan nanti. Terdapat banyak perubahan dari sudut pembelajaran, pergaulan sesama rakan sekerja dan persekitaran sepanjang menjalani latihan industri. Ia secara langsung meningkatkan keyakinan terhadap diri saya dan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain.

     Sekiranya latihan ini tidak diadakan maka keadaan yang agak sukar akan dilalui oleh para pelajar untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Oleh itu, didapati bahawa latihan ini amat penting dan banyak mendatangkan kebaikan dari keburukan kepada pelajar.

   Ingin saya menyusun sepuluh jari saya memohon maaf andai saya telah melakukan kesalahan terutama di Syarikat, tempat saya menjalani latihan industri menyebabkan tidak disenangi oleh pihak tuan. Kemesraan, keprihatinan dan pengalaman yang diberikan tidak sesekali saya lupakan dan akan menjadi ingatan buat saya.

     Kesimpulannya, latihan industri memberi banyak manfaat terhadap saya terutamanya dalam bidang komputeran. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Mersing Johor kerana telah memberi peluang kepada pelajar mencari pengalaman dan ilmu pengetahuan dengan mengadakan latihan industri.

   



   

     

     

     

     

No comments:

Post a Comment