PENGHARGAAN


PENGHARGAAN


Setingi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan Universiti Terbuka Malaysia (Pusat Pembelajaran Johor) kerana telah memberi peluang kepada saya bagi menjalani latihan industri selama 6 bulan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Rahim Bin Mohamed Amin selaku pengarah di Universiti Terbuka Malaysia (Pusat Pembelajaran Johor) kerana telah banyak menguruskan hal yang berkaitan semasa saya menjalani latihan industri. Selain itu, En. Nizam Md Nor selaku staff kerana beliau telah banyak membantu  dan memberi tunjuk ajar yang amat berguna kepada saya sepanjang menjalani latihan industri.

Tidak lupa juga kepada En. Hafizi kerana telah membantu saya dalam sesuatu perkara yang saya tidak mengetahuinya. Dengan ilmu dan pengalaman yang diberikan sepanjang tempoh menjalani latihan industri dapat saya mempratikkan di alam pekerjaan nanti.

Segala tunjuk ajar daripada semua staff di Pusat Pembelajaran Johor terutama dalam bahagian IT telah memberikan banyak pengalaman yang baru serta selok-belok di Open Universiti Malaysia (Pusat Pembelajaran Johor). Pengalaman sepanjang menjalani latihan industri akan saya gunakan semasa saya mmelangkah ke alam pekerjaan pada masa akan datang.


Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Unit Latihan Industri Politeknik Mersing Johor yang banyak membantu dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan industri dan penyediaan laporan latihan industri.